Tag archives for info

Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.Secara kasarnya kita akan berdiri tegak,kemudian mengangkat tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat.Pada masa yang sama,kita akan membesarkan rongga dada manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku' dengan badan membengkok ke hadapan dan kedua tangan diletakkan di atas lutut serta punggung dalam keadaan mendatar,ianya akan menggerakkan ruas-ruas tulang punggung,tulang leher,tulang pinggang supaya berasa lebih bebas.
Semasa sujud pula,seluruh badan terpikul sepenuhnya di ...

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.
2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.
3. ...

Saya perempuan kampung yang keluarganya miskin. Saya juga perempuan yang bukan sahaja miskin harta, malah miskin ilmu agama, dan saya berjodoh dengan lelaki yang ini. Lelaki yang saya tidak mampu ceritakan dengan hanya satu baris kata-kata.
Pinangan.
Saya ingat lagi hari itu, pada ketika ibu dengan wajah yang tersenyum tidak biasa, datang kepada saya dan berbisik, “Kamu sudah dipinang orang.”
Saya ingat lagi perasaan itu, perasaan seperti buah jambu muda yang tiba-tiba jatuh lalu masuk ke dalam telaga yang gelap, dan terapung-apung ...

Sebatang sungai yang dinamakan sebagai ‘The Celeste’ yang terletak di Taman Negara Tenorio di Guatuso, Alajuela di Costa Rica mempunyai air sungai yang berwarna biru..
Hal ini disebabkan oleh tindak balas kimia semulajadi antara sulfur dan kalsium karbonat yang bertindak memberi warna air sungai yang unik ini..Fenomena ini juga mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di negara itu.

Info Ringkas:
The Blue Lagoon Equador yang terletak di Rocas Baimbridgen merupakan lokasi kolam air panas yang paling banyak dikunjungi di Ecuador.
Berbeza dengan kebanyakan kolam air panas lain yang terletak di darat, the blue Lagoon ini terletak di tengah laut, menjadikan ia kolam air panas paling eksotik di dunia.
Kolam air panas ini terbentuk kerana kawasan tersebut merupakan bekas sebuah gunung berapi yang kini sudah tidak aktif lagi. Gunung berapi ini dahulunya pernah meletus dan membentuk sebuah kawah yang sangat besar dan kini ...

Salam dan selamat Sejahtera .
rasanya saya belum terlambat kot untuk join event ni
yang di anjurkan oleh http://www.bloggerwanita.com <-- untuk mendapatkan RM5000
Peraturan Mudah sahaja :
*100 blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic. Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini.
*Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.
*Pihak penganjur berhak ...

Assalamualaikum wbt..
Pernahkah anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?
Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh? Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?
Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?
Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?
Sedarkah anda bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih butal dalam soal hadas besar dan baligh.
Berapa ramai remaja lelaki yang berkali-kali bermimpi basah, tetapi ...

Sawan atau eclamptic fits berlaku disebabkan saluran darah di dalam otak pecah menyebabkan pendarahan dan kerosakan otak. Pendarahan yang banyak di dalam otak boleh merosakkan fungsi organ-organ penting seperti jantung, pernafasan dan lain-lain. Kejadian ini biasanya menyebabkan maut. Dalam kes-kes yang lebih ringan, pendarahan mungkin berlaku hanya sedikit, ataupun tidak berlaku langsung atau setakat kebengkakan otak sahaja.
Penyakit toksemia atau sawan beranak seharusnya dicegah dari awal. Wanita mengandung yang berisiko tinggi ialah wanita yang mengandungkan anak sulung, gemuk, berpenyakit atau mempunyai ...