Pihak berkuasa Peru menyatakan, mereka sukar membendung orang luar daripada mendekati satu kumpulan suku kaum pribumi hutan Amazon di Amerika Latin yang mula berkeliaran di tepi tebing sungai selepas mereka terasing daripada peradaban manusia. Puak itu dikenali sebagai Mashco-Piro, kumpulan kecil orang asli berkenaan mula berkeliaran di tebing sungai sebuah hutan yang popular dalam kalangan pelancong sejak tahun lalu. Tingkah laku mereka mengelirukan ramai saintis. Adalah dipercayai bahawa kemunculan suku Mashco-Piro itu adalah disebabkan pencerobohan hutan oleh pembalak serta bunyi bising pesawat yang ...
Click here to read more »