Search result for " kluang "

ibu muda, duda diserbu di hotel bajet menjelang tahun baru
KLUANG: Seorang ibu muda yang masih dalam proses perceraian tergamak membawa anaknya yang baru berusia setahun ketika memadu asmara semasa menyambut tahun baru di sebuah bilik hotel bajet di sini bersama seorang duda beranak satu yang juga turut membawa anaknya yang berusia lima tahun, pagi semalam.
Namun, helah pasangan itu yang pada mulanya mengaku sebagai pasangan suami isteri gagal mengaburi pasukan penguat kuasa Majlis Agama Islam Daerah Kluang apabila mereka akhirnya ditahan ...

KLUANG – Seorang remaja bukan hanya maut dikelar sahabat baik, malah lebih tragis lagi apabila insiden itu berlaku depan mata ibunya sendiri.
Dalam kejadian itu, Nurul Amin Muhamed Ishak, 22, (gambar kecil) seorang buruh kasar, mati serta-merta di tempat kejadian di Jalan Sentosa di sini akibat pendarahan pada leher setelah dikelar dengan pisau.
Menurut ibunya, Saemah Mogeri, 43, sebelum peristiwa berdarah itu berlaku, mangsa yang mesra dipanggil Abang mahu membawa dia bersemuka dengan dua sahabat baiknya untuk mendapatkan penjelasan berhubung insiden rumah ...

“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.
Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Selasa lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.
“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik ...