Nenek Terbaik
Usia bukanlah menjadi penghalang buat seorang nenek, Johanna Quaas, 86 yang berasal dari Halle, Saxony untuk beraksi di gelanggang gimnas bagi menunjukkan kehebatan dirinya.
Pernah menjadi anggota skuad olimpik dalam sukan bola baling semasa usianya muda, nenek itu telah melakukan kejutan kepada orang ramai apabila dia tampil melakukan aksi ‘mudanya’ dengan melakukan gimnastik semasa kejohanan Cottbus World Cup 2012 di Jerman baru-baru ini.
Walaupun memulakan aktiviti sukan gimnas di usia yang agak lewat iaitu ketika berumur 30 tahun, Johanna tidak meletakkan itu sebagai halangan utama baginya untuk terus menunjukkan kebolehan sukan itu.
Saksikan sendiri kelembutan yang ditonjolkan oleh Johanna dalam video yang sempat di rakam di Jerman itu.







