SIDANG akhbar yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang petang semalam telah menjelaskan segala pertanyaan para peminat dan media apabila Melia Aimiellia secara rasminya membuat kenyataan bahawa dia sudah memaafkan dan menarik balik kesilapan penulis blog hiburan berkenaan.

Melia dalam temubualnya bersama media menyatakan bahawa dia kini sudah berasa lega kerana dapat bersihkan nama baik diri dan keluarganya. Untuk pengetahuan, sebelum ini, Melia pernah dituduh mempunyai video bogel yang ditulis dalam sebuah artikel blog hiburan.

Dalam pada itu, pemilik blog berkenaan yang telah menuduh dan menyebarkan beberapa keping gambar gadis mirip Melia Aimiellia dalam keadaan bogel itu juga turut hadir dalam majlis sidang akhbar ini yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman. Pemilik blog tersebut telah meminta maaf secara terbuka dan mengaku kesilapan mereka terhadap Melia.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Melia kerana menarik balik laporan polis dan SKMM terhadap kami. Saya juga meminta maaf kerana menulis artikel dan menuduh anda.

“Sekali lagi, kami meminta maaf secara peribadi dan terbuka kepada Melia Aimielia dan keluarga atas tuduhan sebelum ini”, penulis blog berkenaan.

Apa yang menarik di sini, media masih belum mendapat apa-apa laporan dan pengesahan samada video tersebut asli ataupun palsu. Isu antara Melia dan pemilik blog hiburan tersebut sudah selesai , namun persoalan adakah video itu benar atau palsu masih belum dapat dipastikan dengan jelas

Comments

comments