Lelaki Dua Isteri Perkosa Anak di Bawah Umur

INILAH.COM, Sampang – Sungguh bangsat perilaku lelaki bernama Hobir (35), warga Dusun Putukan Desa, Kampong Barat, Ketapang, Sampang, Madura, Jawa Timur, ini. Walaupun sudah mempunyai dua isteri, Hobir masih sanggup lagi merogol gadis di bawah umur.
Kejadiannya berlaku pada 1 April 2012. Ketika itu pukul 6.30 petang, Hobir mengajak Bunga (bukan nama sebenar) berubat ke wilayah Ketapang. Tapi sewaktu melintasi hutan Jati, gadis 17 tahun tersebut disapu minyak. Bunga tiba-tiba tidak sedarkan diri. Betapa terkejutnya dia apabila sudah sedar, dia sudah dalam keadaan telanjang bulat.
Sedangkan Hobir pergi entah kemana. “Mulanya saya disapu minyak di bahagian muka. Lalu saya tidak sedarkan diri. Setelah sedar, saya sudah di hutan Jati sendirian dan baju saya terbuka semua,” ujarnya ketika ditemui di Balai Polis Sampang, pada Ahad 22/4 / 2012). Pada awal pagi, sekitar pukul 2.00 pagi waktu tempatan, lima pegawai polis menangkap Hobir. Apabila dia mengetahui polis akan datang, Hobir cuba melarikan diri melalui pintu belakang. Tetapi, dia tidak boleh melepaskan diri kerana rumah telah dikepung.
“Semalam kami mendapat maklumat dari warga tentang kewujudan suspek. Maka kami terus melakukan penangkapan,” ujar Ipda Siswo DC Tarigan. Kini lelaki beristeri dua, dan sanggup mencabuli gadis di bawah umur tersabit kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun serta denda Rp60 juta (RM22,000).
x cukup lagi ker bini 2 org tu???





