KENAPA Perlu Menjaga Bahagian Ketiak?
Tak ramai yang tahu, bahagian bawah ketiak yang hitam boleh menjejaskan mood dan keinginan bergaya kadangkala boleh menjejaskan keyakinan untuk lebih yakin dikhalayak ramai. Bahagian ketiak ni boleh menjadi hitam dengan melakukan beberapa aktiviti berikut mencukur, mencabut bulu dan menggosok secara berlebihan. Haaa mesti korang tergolong sama kan?
Gelap di bahagian bawah ketiak juga boleh disebabkan oleh geseran. Pemakaian baju yang ketat boleh menyebabkan geseran berlaku pada ruang-ruang sempit dan sangat ketara dikalangan mereka yang berbadan gempal. Tanda – tanda ketiak korang bakal menjadi gelap adalah kesan pigmentasi, rasa gatal, berpeluh dan penghasilan bau kurang enak. Errghhhhhh bau nih la paling aku lemah sekali mesti rasa nak termuntah. Kahkahkah!
Sebelum ini, ada jugak yang mengatakan penggunaan deodoran boleh menyebabkan ketiak hitam tapi sebenarnya deodoran ini boleh mencerahkan dan pilihlah produk yang betul ye. Tak larat aku nak tahan hidung kembang kempis setiap masa. Kalau taknak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk orang sekeliling.







![[TuT] Faceniff v2.1b Dengan Unlocker image-13267](http://dinetfm.com/photo/c577_faceniffbaru-300x150.png)
