Archives for Artis

Benarlah kata pepatah, kalau dah jodoh tak ke mana. Begitu juga halnya dengan penyanyi lelaki bersuara lantang, Black dengan kumpulan terkenal Meet Uncle Hussain.
Namun jodoh yang dimaksudkan ini bukanlah bermakna jodoh kahwin, tetapi jodoh mereka untuk berkolaborasi.
Jika sebelum ini mereka pernah bekerjasama menerusi lagu Drama King, namun kali ini kedua-duanya sepakat bergabung sekali lagi di atas pentas program realiti terbaru, Versus yang akan disiarkan di TV9 bermula 13 April ini.
Mengambil keputusan menubuhkan band baru yang dinamakan Black & Parallax, artis ...

Siapa Bob Azuan? Tiada siapa yang mengenali twitter yang telah agak lama dicipta namun bermula semalam telah diguna pakai untuk menghentam Rita Rudaini seteruk yang boleh. Namun ada peminat-peminat Rita Rudaini yang menyatakan bahawa Zaquan Adha berselindung di sebalikTwitter Bob Azuan. Ini kerana gambar profile yang digunakan adalah sama dengan gambar yang ada pada Twitter Zaquan sendiri.
Namun tuduhan tersebut telah dibalas oleh Bob Azuan dengan menyatakan yang dia adalah tukang tangkap gambar untuk Zaquan pada ketika itu. Agak cliche alasan yang diberikan ...

Pelakon dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.
Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.
Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu. Ogy berkata demikian pada majlis ...

KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI 2012:Penghujung tahun lalu, khabar angin pernah mengatakan bahawa penyanyi popular Ziana Zain,45 telah menerima suntikan di wajah. Bagaimanapun, perkhabaran itu senyap seketika bak angin lalu.
Bagaimanapun peluang betemu penyanyi Puncak Kasih itu ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, di sini semalam telah memberi kesempatan portal murai.com.my bertanyakan kesahihannya.
Tanpa berselindung, Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu ...

KOTA BHARU – Dengan sekali lafaz, jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor sah menjadi suami kepada pakar kanak-kanak, Dr. Wan Asma Wan Ismail pada pagi ini.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, dengan mas kahwin senaskah al-Quran di Penthouse milik pakar kanak-kanak itu yang terletak di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi ini.
Ia turut disaksikan kira-kira 100 kenalan serta ahli keluarga terdekat pasangan terbabit sebelum diikuti dengan majlis resepsi yang ...
Datuk Yahya Sulong
PELAKON dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, atau mesra dengan panggilan Pak Ya kini berada dalam keadaan koma akibat terjatuh di bilik air di kediamannya di Bandar Baru Sentul, petang kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang selepas isterinya, Datin Alisah Ali, 65, mengesyaki sesuatu tidak kena apabila panggilan kepada suaminya yang sudah lama memasuki bilik air tidak bersahut.
Alisah yang juga kurang sihat meminta bantuan jirannya, Maimunah Ahmad, 51, sebaik saja menemui suaminya yang terbaring tidak sedarkan diri.
Daripada ...

Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33,supaya menjaga ibu dan ayah mereka.
Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.
'Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang dia sayangkan saya dan meminta saya untuk menjaga mak dan ayah.
'Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada ...
HADIR...Saiful Apek kelihatan ceria di mahkamah, semalam.
PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Saiful Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing ke atas mereka selepas ditahan dalam satu operasi, dua tahun lalu.
Perkara itu disahkan pegawai polis mengendalikan ujian saringan terbabit, Sarjan M Sanggar, 48, selepas diarahkan Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli yang mengetuai serbuan di kondominium di Bandar Sunway pada jam 10 malam, 12 Jun 2010.
Menurutnya, ujian ke atas sampel air kencing ...

JAKARTA – Masa depan penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelab Pelita Jaya FC terjawab semalam.Seperti dijangka, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu secara rasmi menyambung kontrak selama dua tahun lagi dengan kelab tersebut.
Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten Pelita Jaya FC.
Nilai kontrak baharu itu ...

LOS ANGELES – Anak perempuan Whitney Houston, Bobbi Kristina dikejarkan ke hospital awal hari ini, sehari selepas kematian emaknya kerana dilaporkan tertekan.
“Dia dibawa ke hospital dan dirawat kerana tekanan perasaan,” kata seorang rakan rapatnya kepada AFP.
Kristina yang berusia 18 tahun dibawa ke Hospital Cedars Sinai di Beverly Hills.
Houston, penyanyi pop yang terkenal pada era 1980-an dan 1990-an teruama menerusi lagu “I Will Always Love You,” ditemui meninggal dunia di bilik hotelnya di Beverly Hilton menjelang malam Anugerah Grammy, semalam. – ...

HWAYOUNG
KUMPULAN T-ara yang dianggotai Hwayoung telah memenangi anugerah buat kali ketiga dalam program Inkigayo, namun pada episod ke-29 program itu baru-baru ini satu kesilapan besar telah berlaku.
Ketika melakukan persembahan secara langsung dengan mendendangkan lagu Lovey Dovey di pentas, Hwayoung secara tidak sengaja telah mendedahkan payudaranya ketika membuat tarian solonya.
Namun para peminatmenyalahkan pereka kostum Hwayoung kerana perkara itu terjadi disebabkan kesilapan kostum itu.
Bagaimanapun, agensi kumpulan T-ara, Core Contents Media belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Amalina Che Bakri. Satu nama yang sudah lama tidak disebut beberapa tahun kebelakangan ini kembali memuncak. Bermula di twitter apabila topik hangat mengatakan Amalina Che Bakri kini sudah tidak bertudung dan menyambut perayaan Krismas bersama teman lelakinya. Sebagai nota, Amalina, dilahirkan pada tahun 1987 dan berasal daripada Kelantan merupakan seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004 kerana menempah nama dengan mendapat 17A1.
Pada tahun 2009, berita mengenainya heboh apabila difahamkan dia gagal meneruskan pengajian diUniversiti Edinburgh kerana gagal di dalam ...

Mengakui hati masing-masing terpaut lewat perkenalan selama setahun menerusi BBM (Blackberry Messenger), penyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, Yusry Abd Halim dan aktres jelita Lisa Surihani akhirnya telah mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana.
Pengumuman istimewa daripada pasangan romantis ini telah berlangsung dalam sebuah suasana ...
SEJOLI... Roslin dan isteri, Rahayu bersanding di majlis mereka, semalam.
AMPANG: “Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini,” kata Rahayu Rosli, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim yang ditemui pada majlis persandingan mereka di Ukay Perdana, malam kelmarin.
Rahayu, 24, berkata walaupun Roslin, 37, pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, dia tetap yakin bekas pemain badminton nombor satu dunia itu lelaki terbaik pernah ditemuinya.
“Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini ...

- Favourite Artis/Band
- Best Female Solo
- Best Album 2011
- Most Promising Artist/Band
- Best Muisc Video
- Best Use of Social Media (Twitter/Facebook)
- Sexiest Female Artist