Cara Mudah Turunkan Berat Badan Supaya Langsing & Menawan
Berat badan yang berlebihan atau memiliki tubuh badan yang tidak menawan sering menghantui para wanita lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah berumah tangga dan mereka yang ingin sentiasa tampak cantik, langsing dan menawan.
Perasaan niat ingin menurun berat memang telah dipasang awal-awal tetapi ada sahaja halangan yang menghalang proses untuk menurunkan berat badan supaya langsing dan menawan antaranya ialah rakan-rakan mengajak untuk keluar makan atau menghadiri majlis keramaian yang menyediakan hidangan yang lazat-lazat, semangat dan niat itu lenyap.
Terdapat pelbagai cara untuk anda menurunkan berat badan dengan mudah dan dibawah adalah diantaranya yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian anda.
Jangan Tahan Makan
Walau bagaimanapun, anda tidak semestinya menyekat selera semata-mata untuk mengelakkan pertambahan berat badan kerana sekiranya anda tahan makan bukan sahaja badan anda tidak sihat malah anda mudah diserang penyakit. Masih ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pengambilan lemak.
Salah satu cara adalah dengan mengambil produk yang mampu mengurangkan penyerapan lemak makanan dalam badan. Pilihlah produk yang mengandungi serat kompleks yang mampu menarik dan mengikat lemak makanan secara efektif. Pilihan produk daripada 100% serat semulajadi secara tidak langsung mengurangkan penyerapan kalori daripada lemak tanpa menimbulkan sebarang kesan sampingan. Ia juga mampu memberikan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama dan keinginan untuk makan juga berkurangan.
Contohnya, bahan aktif Litramine mampu memberikan hasil yang menakjubkan. Kandungan serat semulajadi di dalamnya mampu mengikat 24.7% dari lemak makanan. Ia membantu mengurangkan rasa lapar, meningkatkan penurunan berat badan dan anda turut mendapat nutrisi yang diperlukan untuk sihat.
Perbanyakkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin seperti buah-buahan. Terdapat banyak buah-buahan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan dan mengeyangkan untuk jangka masa yang panjang.
Tip Diet
Dalam memastikan pengurangan lemak, anda perlu mencatat jumlah makanan yang diambil. Paling tepat, sediakan diari khas untuk mencatat apa yang dimakan supaya anda tahu apa makanan yang diambil pada hari itu dan secara tidak langsung ia dapat mengawal makanan yang mengandungi lemak.
Cara ini akan membantu anda menghasilkan program diet yang seimbang bagi mendapatkan berat badan yang ideal. Anda juga perlu elakkan dari mengambil makanan “Fast Food” kerana makanan jenis ini mengandungi jumlah lemak yang tinggi.
Tip Mengurangkan Berat Badan
1. Makan mestilah teratur dan mingukut waktu.
2. Jangan makan pada waktu yang tidak sesuai seperti makan pada lewat malam.
3. Perbanyakkan makan makanan yang rendah lemak.
4. Buat langkahan kaki sebanyak 10, 000 langkah sehari.
5. Pilih kudapan yang sihat.
6. Sentiasa periksa kandungan lemak dan gula yang tertera pada label makanan.
7. Jaga jumlah makanan. Jangan tambah jumlah makanan kecuali sayur.
8. Berdiri selama 10 minit setiap satu jam.
9. Katakan TIDAK pada minuman manis.
10. Elakkan mengambil makanan semasa menonton televisyen.
11. Ambillah sekurang-kurangnya 5 hidangan buah dan sayuran setiap hari.








