Budak MC 5 Hari…Gedik Forever!
Nampaknya si gadis ‘comel’ Fitri semakin mendapat perhatian umum apabila kami di MyNewsHub menerima ‘hits’ yang sangat tinggi serta pelbagai komen memenuhi ruang portal kami.
Secara kasar, penulis melihat rata-rata komentator memberi maklumbalas negatif disebabkan oleh suara dan memek muka yang ditunjukkan oleh Fitri.
Penulis gemar untuk berkongsi sebuah lagi video yang dimuat naik oleh Fitri berkenaan sambutan ‘ulang-bulan’ yang keenam bersama bekas teman lelakinya.
Penulis sendiri tidak pasti penggunaan ‘ulang-bulan’ betul atau tidak kerana seringkali yang disambut adalah ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan sebagainya.
Memetik dari kenyataan Fitri, dia sedar akan umum mula memberi kritikan dan ‘berkata’ berkenaan video ’5 days MC’ yang dimuat naik olehnya sebelum ini.
“… ramai orang yang memperkatakan pasal saya dan saya tidak suka.
“Apa anda akan rasa jika orang mula berkata pasal anda dalam Facebook? Ia menyakitkan,” ujar Fitri dalam video tersebut.
Pada masa yang sama, Fitri turut menyatakan yang suaranya memang sebegitu dan tidak bermemek-memek seperti gadis ‘gedik’ lain di luar sana.
Selain itu, Fitri juga cuba untuk menghiburkan para penonton yang menonton video yang dimuatnaik olehnya.
Adakah anda terhibur seperti yang diharapkan oleh Fitri?
Mungkin anda akan terhibur apabila melihat memek muka Fitri terutama pada awal dan disepanjang video tersebut.
Dan adakah ruangan komen di MyNewsHub akan terus dilimpahi dengan komen-komen seperti ‘gedik’, ‘tak malu’ dan pelbagai lagi?







