Bersih 3.0 Terkini

Penyokong Bersih berkumpul di kawasan persimpangan ke Dataran Merdeka.
- Foto ihsan trinnaleong


Sebahagian daripada penyokong Bersih yang berkumpul di kawasan berdekatan
dengan Dataran Merdeka. – Foto Sinar Harian oleh Farrah Farush Khan
[TERKINI 2.20 PETANG] KUALA LUMPUR – Kehadiran peserta dan penyokong Bersih 3.0 pada masa sekarang, sekitar jam 2 petang, dipercayai telah meningkat ke paras 80,000 orang.
Pihak penganjur sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mulai jam 2 petang hingga 4 petang.
Setakat 1.30 tengah hari tadi, jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka terus meningkat - peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi – menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang.
Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 50,000 orang berkumpul di beberapa lokasi – peningkatan daripada 30,000 ketika sekitatr 12 tengah hari tadi.
Berdasarkan perkembangan jam 1.45 tengah hari, peserta-peserta mula bergerak ke arah Dataran Merdeka, malah sebahagian lagi duduk di atas jalan raya sementara pihak berkuasa memberi kebenaran untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.
Penyokong Bersih mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza – dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dengan kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning.

Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka.
Ekoran peningkatan penyokong Bersih sejak dua jam lalu, polis mula menempatkan pasukan LFU di kawasan Dataran Merdeka untuk menyuraikan mereka yang berkumpul.
Mengikut maklumat sebelum ini, Bersih 3.0 membuat perancangan untuk berhimpun di Dataran Merdeka sekitar 2 petang, tetapi permintaan mereka tidak dibenarkan.
Seorang anggota Unit Amal Pas, dari Pahang, juga dilaporkan ditahan.
Terdahulu, setakat jam 10.15 pagi tadi, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang.
Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada di kawasan tersebut.
Maklumat yang diperoleh oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yang berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang.
Info : Wartawan Sinar Harian
Perkembangan semasa:
12.05 tengah hari: Arahan daripada pihak Bersih – minta peserta perhimpunan duduk dan menunggu sehingga jam 1.30 petang.
12 tengah hari: Seorang dikenali Azhar, membacakan sajak – “Aku Duduk, Aku Bantah” di atas pentas Pasar Seni
12 tengah hari: Kehadiran YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin di atas pentas Pasar Seni
12.01 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, sebuah trak watercanon melalui kawasan Masjid Negara dan penyokong Bersih bersorak.
12 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, penyokong Bersih mula menyanyikan lagu Negaraku. Keadaan semakin sesak di sini
11.55 pagi: Di kawasan Masjid Negara, kelompok besar dikatakan menunggu ketibaan Datuk seri Anwar Ibrahim jam 12.30 tengah hari.
11.55 pagi: Peserta perhimpunan menyanyikan lagu Negaraku dan masih berhimpunan di hadapan Pasar Seni.
11.55 pagi: Datuk Chua Jui Meng dari PKR turut berada di atas pentas dengan Datuk S Ambiga di Pasar Seni. Zunar Kartunis juga turut serta.
11.55 pagi: Masalah untuk berkomunikasi di lokasi Masjid Negara.
11.55 pagi: Zunar berucap menggunakan pembesar suara dan mengarahkan peserta bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang.
11.45 pagi: Di sekitar Pasar Seni, kira-kira 5,000 orang. Mereka mula berarak dengan diketuai oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi dari Stesen keretapi lama ke Pasar Seni.
11.42 pagi: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tiba di persimpangan Jalan Raja-Jalan Tuanku Abdul Rahman. Azmin Ali duduk di atas bahu jalan menyokong paara peserta. Beri ucapan menggunakan pembesar suara.
11.40 pagi: Di hadapan pejabat Majlis Peguam seramai 100 orang penyokong berkumpul dan berdemo secara aman dengan duduk ditepi jalan berikutan cuaca panas.
11.40 pagi: Anggota FRU telah ditempatkan di Dataran Merdeka
11.35 pagi: Di kawasan Masjid Negara, kelihatan tujuh trak FRU mula bergerak ke arah Dataran Merdeka.
11.35 pagi: Orang ramai dilarang masuk ke Pasar Seni. Mereka diminta keluar dari Pasar Seni kerana pihak pengurusan akan menutup buat sementara waktu.
11.35 pagi: Dalam Komuter dari Klang penuh dan dengan penyokong Bersih sambil melaungkan takbir dan bersorak demi anak cucu
11.30 pagi: Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Sultan Hishamuddin lenggang, hanya dipenuhi oleh anggota penguat kuasa terdiri anggota polis dan DBKL ini kerana pihak berkuasa telah menutup jalan lebih jauh daripada Dataran.
11.25 pagi: Sepasangan kekasih dari Petaling Jaya, memakai baju kuning dan penuh dengan lencana bunga kuning. Kehadiran mereka menarik perhatian ramai. Sheren Chin dan kekasihnya dikenali sebagai Zideck tidak tidur semalaman menyiapkan pakaian tersebut. Bunga2 di baju tersebut akan diberikan kepada peserta perhimpunan apabila tiba di Dataran Merdeka.
11.25 pagi: Seramai 70 anggota dan pegawai JPAM yang bertugas di Dataran, maktab dan pusat latihan polis termasuk 6 hotspot perhimpunan bersih di sekitar KL.
11.05 pagi: Azmin Ali bersama peserta Bersih berada di hadapan Sogo. Azmin Ali mula berarak ke Dataran. Beliau berarak ke Dataran melalui Jalan Masjid India..
11.00 pagi: Hampir 2,000 penyokong bergerak dari KLCC ke Dataran Merdeka selepas merempuh halangan polis.
10.40 pagi: Penyokong Bersih mula membuat bantahan dengan duduk di kawasan jalan raya.. Dianggarkan seramai 300 orang.
10.40 pagi: Pusat membeli-belah Sogo telah mula beroperasi, namun hanya pintu utama dibuka, manakala pintu sisi ditutup untuk tujuan keselamatan
10.40 pagi: Di dalam Pasar Seni, masih banyak kedai yang belum dibuka. Peserta perhimpunan turut mengambil peluang berlegar-legar di dalam kerana keadaan berhawa dingin berbanding di luar
10.40 pagi: Di kawasan KLCC, kira-kira 1,500 Penyokong Anti-Lynas di KLCC mula berarak ke Kedutaan Australia melalui Jalan Ampang
10.35 pagi: Ambiga bergerak ke Dataran Merdeka.
10.30 pagi: Kira-kira 20 Unit Amal Pas di sekitar Pasar Seni. Keadaan terkawal dan gerai di sekitar Kasturi Walk yang menjual cenderamata masih ditutup, hanya peniaga air yang mendapat sambutan.
10.22 pagi: Di kawasan Masjid Negara, Unit Amal berucap memberi kata-kata semangat kepada peserta untuk terus bertahan dan bersemangat tinggi mencapai matlamat Bersih 3.0.
10.20 pagi: Masjid Negara, pergerakan mula berlaku, kira-kira 3,000 penyokong Bersih bersiap-siap untuk memulakan perarakan ke dataran
10.15 pagi: Peserta yang turun dari LRT Pasar Seni berjalan kaki beramai-ramai dan menuju ke Petaling Street seterusnya ke arah Masjid Jamek
10.15 pagi: Penyokong Anti-Lynas berpecah kepada dua kumpulan, satu masih di hadapan KLCC-Jalan Ampang, manakala lokasi baru di hadapan KLCC-Simpang empat Jalan Ampang dan Yap Kwan Seng
10.05 pagi: Peniaga air soya di Jalan Petaling diberi jolokan “Bersih Soya” mendapat sambutan dikalangan peserta perhimpunan. Pemilik gerai Kim Soya Bean itu juga melaungkan Bersih 2 dan menjual air soya RM1 sahaja
10.00 pagi: Belon ‘Angry Bird’ dijual RM20 tarik perhatian. ‘Angry Bird’ berwarna kuning itu juga ditulis Save Malaysia, Stop lynas
10 pagi: Jumlah terkini penyokong yang berada di betul-betul sebelah Dataran (simpang Jalan TAR dan Jalan Raja), antara 8,000 hingga 10,000. Ini anggaran kasar.
9.55 pagi: Di kawasan Masjid negara, penyokong terus bertambah tapi belum ada pergerakan, semua masih menunggu arahan seterusnya.
9.51 pagi: Di kawasan Petaling Street, peserta perhimpunan berkumpul dan melaungkan Bersih berulang kali. Gerai-gerai di sekitar Petaling Street juga masih belum dibuka.
9.50 pagi: Lebih 500 penyokong Bersih dan Anti-Lynas berhimpun di hadapan KLCC. Polis juga dilihat berkawal di kawasan berhampiran.
9.50 pagi: Peserta perhimpunan bergerak dari Pasar Seni menuju ke Petaling Street. Mereka juga bertindak menukar pakaian dan memaki T -shirt Bersih 3.0.
9.49 pagi: Dianggarkan jumlah terkini yang berada di kawasan persimpangan ke Dataran Merdeka seramai 5,000.
9.40 pagi: Polis memberi kerjasama baik kepada dua wartawan Sinar Harian yang menunggang motosikal untuk membuat liputan di KLCC.
9.40 pagi: Anggota bomba dan unit kecemasan HKL turut ditempatkan berhampiran dengan Dataran, Stadium, Bangun Sultan Abdul Samad dan beberapa kawasan yang lain.
9.45 pagi: Peserta perhimpunan semakin bertambah dan berkumpul di sekitar Pasar Seni.
9.41 pagi: Di kawasan Masjid Negara, penyokong Bersih terus bertambah, sekarang anggaran 1,500 orang. Ramai lagi mula datang dengan pakaian Bersih
9.40 pagi: Penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0 berhimpun di hadapan Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut
9.40 pagi: Helikopter PDRM mula berlegar-legar di lokasi-lokasi Bersih
9.38 pagi: Kelihatan 100 penyokong berkumpul di hadapan Kompleks Pertama.
9.35 pagi: Tindakan penyokong Bersih duduk di jalan raya menghalang ambulans HKL ke lokasi kecemasan
9.40 pagi: Penyokong Bersih menjadikan kawasan berhampiran Dataran sebagai pesta, mereka bergambar sesama sendiri, tidak kurang juga yang menjual lencana Bersih, ada juga yang menelefon rakan lain ajak berkumpul di Dataran.
9.30 pagi: Ketibaan Unit Amal di Dataran Merdeka.
9.30 pagi: Peserta Bersih 3.0 bersorak apabila pasukan Polis Diraja Malaysia melalui jalan di stesen LRT Masjid Jamek. Mereka bersorak dan menunjukkan tanda gembira dengan kehadiran polis.
9.30 pagi: Peserta mula membanjiri perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dengan memakai baju yang tertulis ‘Bersih 3.0, Duduk Bantah’, SAMM, kain yang diikat di tangan dan kepala.
9.30 pagi: Lebih 20 anggota polis bantuan dilihat berada di dalam stesen LRT Masjid Jamek untuk mengawal keadaan.
9.30 pagi: Warga emas dari Kedah semangat datang ke perhimpunan Bersih 3.0 sejak Jumaat lalu dan tidak tidur sehingga hari perhimpunan. Mereka tidur di Masjid Jamek bagi memberi sokongan.
9.30 pagi: Lebih kurang 500 peserta masih duduk di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek sebelum menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.
9.20 pagi: Penyokong mula duduk di atas jalan raya.
9.15 pagi: Seramai lebih 100 anggota polis ‘standby’ di hadapan Sogo. Kelihatan beberapa buah bas menghantar polis ke lokasi.
9.20: Penyokong Bersih terus membanjiri kawasan Masjid Negara, jumlah meningkat kepada kira-kira 1,000 orang. Sepasukan 30 orang unit amal turut kelihatan.
9.10 pagi: Penyokong Bersih cuba menghampiri Dataran Merdeka dan berkumpul berhampiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sambit menjerit “Bersih” dan “Reformasi”.
9.08 pagi: Kira-kira 300 penyokong Bersih 3.0 sudah membanjiri pekarangan Masjid Negara.
9.05 pagi: Kebanyakan penyokong Bersih, pada masa sekarang, kelihatan kalangan remaja.
9 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Kompleks Sogo ditutup kepada kenderaan. Polis mula membuat benteng.
8.41 pagi: Menurut mesej Twittter empat bas PDRM sudah mula bergerak ke Stesen Masjid Jamek.
8.40 pagi: Stesen LRT Masjis Jamek terdapat penyokong Bersih dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan.
8.30 pagi: Dianggarkan lebih 3,000 penyokong Bersih mula berkumpul di luar Dataran Merdeka, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Raja. Sorakan bermula
7.40pm: Kira-kira dua ribu pegawai polis telah berada di dalam Dataran Merdeka.
6.30 pagi - ratusan polis (mungkin hampir seribu) mula masuk dataran.
6.15 pagi – kira-kira 60 pegawai polis mula berkumpul di jalan depan Bangunan DBKL. Dua bas polis dan tiga trak polis membawa ratusan pegawai tiba di sekitar dataran
5.15 hingga 6.15 pagi – Tiada banyak perkara berlaku. Hanya polis yang sekali sekala memantau kawasan menaiki motosikal dan kereta. Laungan azan Subuh dan bunyi jam menandakan masuk jam 6 pagi, memecah kesunyian.
5.15 pagi - jeritan reformasi kedengaran, datang daripada sekumpulan kecil penyokong.
5 pagi: Tidak lebih 200 penyokong Bersih telah berada di sekitar Dataran, berhampiran bangunan DBKL. Kebanyakan mereka sedang tidur di kaki lima.
Puluhan pegawai polis berada di dalam kawasan dataran yang telah ditutup.







![mahathir vs yahudi [ BBC World ] image-445](http://dinetfm.com/wp-content/themes/treeview/lib/styles/images/post-default.jpg)
