BERITA!
Siapa yang pernah jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) tahulah bagaimana corak kerjanya perlu dihadapi. Sekarang ini terdapat dasar baru melibatkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Bagi kami, “secara halusnya” kerajaan memang nak hentikan sahaja jawatan GSTT. Ambil tawaran jawatan GSTT ini atau tidak.
Ramai yang mengganggap keputusan kerajaan menyerapkan ramai GSTTmenyebabkan ramai graduan Pendidikan sebagai contohnya daripada UPSI tidak diberikan penempatan. Jadi sekarang ini boleh dikatakan Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) dalam dilema bagi mengambil langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.
KUALA LUMPUR (Bernama) – Seramai 8,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengeluh dan merayu kerajaan mempertimbangkan semula kontrak perkhidmatan baru mereka yang dianggap membebankan termasuk perlu hadir di sekolah pada hari Sabtu dan Ahad.
Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak GSTT Shamil Nor berkata penukaran daripada “Kontrak Khidmat kepada Kontrak untuk Berkhidmat juga menghendaki guru berkenaan memulangkan semula perbezaan gaji yang telah diterima sejak bulan Oktober hingga Disember berjumlah RM 3,476 setiap seorang.
“Kontrak yang baru ini juga tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain perlu hadir di sekolah tujuh hari seminggu termasuk cuti umum, sungguhpun tiada sesi pembelajaran atau gaji dipotong,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pemuda UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Beliau juga berkata di samping itu kesemua mereka hanya dimaklumkan mengenai penukaran kontrak itu pada 10 Nov sedangkan kontrak ini telah berkuat kuasa pada 17 Okt.
“Walaupun kontrak yang baru ini telah berkuat kuasa namun saya dimaklumkan terdapat Pejabat Pendidikan Daerah yang masih tidak memaklumkan perkara itu kepada guru sandaran di daerah mereka sedangkan semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) diminta menandatangani Surat Akujanji berhubung kontrak yang baru itu,” katanya
Bagi kami, kalau betul nak buang jawatan GSTT, mansuhkan sahaja. Janganlah menyeksa & dan menekan kalangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ini. Kasihan mereka. Apabila dasar baru seperti ini diteruskan, siapa yang akan bela nasib mereka selepas ini? Dengan terma-terma seperti :
- GSTT kena datang kerja 7 hari seminggu termasuk cuti umum
- GSTT lepas ini tiada lagi KWSP
- GSTT kalau tak datang kerja, gaji potong
Kerja 7 hari seminggu? Jangankan kata orang lain, yang pembuat kontrak ini sendiri pun tak sanggup menghadapinya. Suka atau tidak, secara realitinya seperti yang kami katakan seperti pada perenggan di atas, tekanan diberikan supaya angka yang masuk GSTT akan terus berkurangan seterusnya menghapuskan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
GSTT pun ada macam-macam ragam dan “gaya”, kalau dah namanya manusia :
- ada GSTT yang semakin membebankan tugas guru
- ada pula GSTT yang sangat-sangat bagus sehingga diberi kepercayaan untuk ajar kelas-kelas yang menghadapai peperiksaan besar seperti PMR & SPM
Pendek kata atas individu. Tetapi untuk kes ini Tetapi tak eloklah saiko dengan terma-terma baru seperti ini. Lebih baik bagi kami apabila dah cukup tempoh masanya, berhentikan sahaja.
P/S : Pada kami ini semua taktik halus nak singkirkan GSTT. Nasihat kami kepada kelompok Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), cari sahaja kerja lain yang lebih menjamin masa depan anda. Kalau ada rezeki takkan ke mana.
PP/S : Apa kata komen guru-guru terhadap kes kontrak baru GSTT ini?






