TV tanpa langganan

Penyedia siaran televisyen berbayar negara (Astro), melancarkan perkhidmatan televisyen satelit tanpa langganan kepada pengguna di seluruh negara (NJOI).

Melalui pelancaran itu, pelanggan Astro kini boleh memilih sama ada ingin menggunakan perkhidmatan televisyen (TV) berbayar Astro atau perkhidmatan TV percuma NJOI.

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan berkata, pengenalan NJOI menjadikan pihaknya melangkah maju memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menikmati rancangan secara percuma.

“NJOI adalah satu-satunya perkhidmatan TV percuma di Malaysia yang memberikan akses saluran berdedikasi kepada pengguna mengikut cita rasa seperti rancangan pendidikan, berita, dokumentari dan sebagainya.

“Ia juga adalah model penyampaian kandungan yang menembusi pasaran di luar jangkauan seperti golongan berpendapatan rendah dan penduduk luar bandar,” katanya apabila perlaksanaan NJOI adalah selari aspirasi pihaknya untuk berada di setiap kediaman di Malaysia.

Beliau berkata, dengan hanya sekali pembayaran pada harga RM288 dan ba­yaran pemasangan RM100 di semua pe­ngedar sah NJOI, pelanggan akan memperoleh satu unit piring satelit luar rumah (dekoder), kad pintar dan alat kawalan jauh.

Sementara itu, Timbalan Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pelancaran bersejarah TV satelit percuma pertama di Malaysia itu memberi cetusan pelbagai pilihan saluran TV percuma dan berbayar kepada rakyat.

“Ini pastinya meningkatkan mutu penyiaran dan pada masa sama memacu pertumbuhan idea dan menyatukan inti pati kandungan tempatan,” katanya.

Carian yang serupa:

astro njoi free live streaming, alat astro percuma, astro njoi haram, astro njoi live stremi

Comments

comments